Pakatan Biak-na-Bato

Pakatan Biak-na-Bato
{{{image_alt}}}
Revolusioner Filipina yang dibuang negeri ke Hong Kong. Yang duduk di sebelah kanan Emilio Aguinaldo ialah Lt. Kol. Miguel Primo de Rivera,:278 anak saudara dan adikung Fernando Primo de Rivera serta bapa Jose Antonio Primo de Rivera; manakala yang berdiri di belakang Aguinaldo pula Kol. Gregorio del Pilar. Miguel ditahan sehingga duit perlindungan Aguinaldo dibayar.:309–310 Pedro Paterno berdiri di belakang dan sebelah kanan Miguel.
JenisPerjanjian damai, pengampunan umum
Ditandatangani14 Disember 1897 di San Miguel, Bulacan di Pulau Luzon, Filipina
Penandatangan Kerajaan Sepanyol
Republik Filipina
BahasaSepanyol, Tagalog
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pakatan Biak-na-Bato ditandatangani pada 14 Disember 1897,[1] sebagai suatu gencatan senjata antara pihak penjajah Sepanyol yang diwakili Gabenor Jeneral Fernando Primo de Rivera dengan pemimpin revolusi Emilio Aguinaldo bagi mengakhiri Revolusi Filipina. Aguinaldo dan rakan-rakan revolusionernya telah diberikan pengampunan dan bayaran ganti rugi oleh kerajaan Sepanyol manakala pemerintah revolusioner akan dibuang negeri ke Hong Kong sebagai pertukaran. Aguinaldo telah memutuskan untuk menggunakan wang tersebut untuk membeli senjata api dan peluru terlebih dahulu sebelum kembali ke kepulauan Filipina.[2]:49[3]:232

Pakatan ini telah ditandatangani di San Miguel, Bulacan, di rumah Pablo Tecson, kapten revolusioner Filipina yang berkhidmat sebagai Brigadier Jeneral 'Brigada Del Pilar' iaitu sebuah pasukan tentera yang diketuai oleh Gregorio del Pilar ketika Revolusi tersebut.

  1. ^ Aguinaldo 1899
  2. ^ Mabini, A., 1969, The Philippine Revolution, Republic of the Philippines dept. of Education, National Historical Commission
  3. ^ Alvarez, S.V., 1992, Recalling the Revolution, Madison: Center for Southeast Asia Studies, University of Wisconsin-Madison, ISBN 1-881261-05-01-881261-05-0

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search